Recent Posts

  • Tapak Niaga Juadah Ramadan 2011
  • 10 Kunci Rezeki Orang Mukmin
  • Lagu Minah Tudung.
  • Kecintaan Queen Victoria terhadap Abdul Karim
  • Bahasa Arab Bahasa Dunia

Categories

Ide Niaga Kecil

Salam alaik,

Mungkin ramai ingin mencuba niaga tapi belum sanggup menanggung risiko kewangan. Ada juga yang tak dapat niaga kerana terlalu sibuk. Jangan gusar. Anda boleh lakukannya tanpa membabitkan sistem MLM, tanpa modal dan tanpa komplikasi.

Saya ada cadangan yang boleh dilakukan oleh mana-mana komuniti di Malaysia dengan mudah.
Yang diperlukan ialah 2 perkara sahaja:
1. Tempat Jualan ( space )
2. Khazanah ( treasures at home )

Sesuai untuk siapa?
Pelajar Sekolah, Penganggur, Pensioner, Pekerja, Peniaga, Perempuan, Lelaki dan Siapa saja.

Cadangan niaga ini hanya memerlukan sedikit tenaga, masa dan logistik mudah. Tidak perlu modal. Yang berminat semestinya tidak mempunyai SIFAT LOKEK DAN TIDAK TERAGAK-AGAK untuk beri komisyen kepada Jurujual atau Penyedia Tempat.

Lokasi Jualan ialah Dewan Komuniti atau Balai Raya. Mungkin kita dah biasa dengar Garage Sale dan Car Boot Sale. Ia hampir sama.

Khazanah Di Rumah
Kita lihat di dalam rumah kita dahulu. Mungkin ada banyak khazanah tersimpan yang boleh dijual dan akan menimbulkan kepuasan hati jika terjual. Jika ada sedikitpun boleh.

Khazanah yang saya maksudkan adalah BUKU-BUKU dan MAJALAH lama. Tidak kiralah samada Novel, Buku Sekolah, Buku Teknikal, Komik, Kamus … dan apa sajalah bahan bacaan. Walaupun dah berconteng atau terkoyak, yang penting masih boleh dibaca.

Mari ambil satu contoh. Jika sebuah buku rujukan terpakai yang masih boleh dibaca boleh dibeli dengan harga RM5, maka tidak perlulah membeli yang baru dengan kos RM40. Di sini dua perkara berlaku:
1. Yang membeli telah jimat wang dan mendapat manfaat bahan bacaan.
2. Yang menjual dapat wang dan mengurangkan barang lama di rumah.
Kedua-dua pihak puas hati.

Empunya Khazanah boleh berada di tempat jualan untuk membuat jualannya sendiri pada hari tertentu. Pandai-pandailah letak harga, nego dan diskaun pada pelanggan. Jangan lupa bawa wang nota seringgit-ringgit. Hanya perlu berkongsi tempat dan meja-meja yang disediakan.

Atau Empunya Khazanah boleh biarkan Penyedia Tempat uruskan jualan dan simpanan. Mungkin ambil kembali mana yang tidak terjual pada sekian waktu untuk simpanan sendiri.

Banyak Faedah Dalam Satu
Komuniti Setempat boleh selaraskan jadual pengisian, tarikh, masa dan petugas. Ia boleh dijadikan sebagai acara mingguan ,iaitu Projek Re-Useable oleh Komuniti Setempat. Ia tidak sama seperti Kitar Semula ( Recyle ), di mana kertas lama diproses-semula oleh kilang dan dijadikan kertas sekali lagi. Re-Useable ialah bahan bacaan terpakai dijual kepada yang berminat dan digunapakai sekali lagi.

Menjual bahan bacaaan terpakai secara tidak langsung menjaga alam sekitar, mengurangkan penebangan pokok-pokok di hutan dan meredakan kepanasan global. Di samping itu, projek seperti ini mampu memperkukuhkan semangat kejiranan dan mencetus aktiviti bantu-membantu di dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Sambil kanak-kanak seronok bermain beramai-ramai, sudah pasti mereka akan juga perhatikan gelagat orang-orang dewasa bersillaturrahim. Tauladan untuk hidup mereka di masadepan.

Jika ide ini dapat dilaksanakan oleh setiap komuniti, bukan sahaja ia menjadi pengalaman awalan perniagaan, tetapi ia juga menjadi sebuah projek mikro pembangunan sosial.

Mann Trex

——————————————
Cuba : Iklan Cara Inovatif


Unique visitors to post: 24

1 comment to Ide Niaga Kecil

Leave a Reply

  

  

  

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Try Rocket Arabic For Free !

Sign-up for your free, no-obligation 6 Day Trial and see how well Rocket Arabic works for you!

Your free trial gives you online access to a selection of Rocket Arabic Premium interactive audio lessons and Arabic language and culture lessons.

You'll be amazed at how much Arabic you know after just a few days! 20,000 users have already benefited.

Learn Arabic now !

<< Creator of Rocket Arabic: Amira Zaki