Salam alaik,
Bagaimana agaknya keadaan buku Matapelajaran Sejarah terkini yang digunakan oleh pelajar sekolah? Bagaimana rupanya sekarang? Apa imej yang ingin ditanam pada anak-anak kita semua? Saya tak tahu sebab tak baca. Mungkin penulis buku sejarah terkini lebih layak memberi pandangan. Mungkin ibubapa yang lebih prihatin boleh membuat semakan.
Semasa saya kecil sehingga tamat pelajaran sejarah pada tahun 1976, imej yang diberikan oleh Matapelaran Sejarah lebih mirip kepada memperbesarkan penemuan dan kegagahan bangsa-bangsa Eropah seperti Portugis, Greek, Rom, Inggeris, German, Russia, Sepanyol dan Belanda.
Yang agak pelik, buku sejarah amat buta kepada sejarah penemuan Sains, Matematik, Optik, Fiziks, Kimia, Astronomi, Geologi, Metallurgy, Biologi, Agro, Psikologi dan Perubatan oleh mana-mana Umat Islam dari Maghribi sehingga ke Khorasan. Walhal kaum Eropah hanyalah yang mengembangkan penemuan Umat Islam setelah membuat translation kitab-kitab Arab dan Farsi ke dalam bahasa Perancis dan Inggeris.
Matapelajaran sejarah juga memberi pandangan begitu glamour terhadap tamadun China Kuno dan India Kuno. Saya cukup seronok membacanya. Walaupun begitu, saya juga rasa pelik kerana tidak terdapat kisah peradaban zaman kegemilangan tamadun Islam dari Sepanyol ke Indonesia di dalamnya. Mungkin kerana ia berada dalam matapelajaran Islam dan tidak berada dalam buku Sejarah.
Apabila Sejarah Tamadun Arab Islam tidak berada dalam Matapelajaran Sejarah, ia memberi kesan negatif. Kesannya adalah “KNOWLEDGE GAP” oleh orang bukan Islam terhadap Umat Islam. Kesan besar dari “Knowledge Gap” ini ada 2 :
1. Tiada sebab untuk orang bukan Islam menghormati Umat Islam kerana kita tiada tamadun. Mereka terpaksa hormat hanya kerana Umat Islam majoriti sahaja.
2. Umat Islam lebih mengetahui peradaban Tamadun China, India dan Eropah dan lebih bertoleransi terhadap mereka. Ia adalah lop-sided dan one way sahaja.
Dari sekarang, saya memanggil KNOWLEDGE GAP sebagai BUTA. Kalau sebut jahil, teruk sangat bunyi.
Dalam kurikulum saya ketika itu, ada juga mencuit sejarah kerajaan Sri Wijaya ( Melayu Hindu ) dan membentangkan banyak kisah kerajaan Melayu semasa di bawah pengaruh British sehingga merdeka. Namun tidak terdapat pembentangan kisah kerajaan Islam Kepulauan Melayu sebelum kedatangan Portugis. Sedikit sangat yang diperkatakan cara hidup kaum Melayu semasa Kerajaan Melaka sehinggakan terdapat anggapan yang meremeh dan menghina sehingga ke hari ini.
Banyak “fakta” sejarah yang tidak terdapat dalam buku mungkin sebab SENGAJA atau TAK SENGAJA. Kesannya agak berat sehingga ramai pelajar yang jadi BUTA setelah tamat sekolah dan BUTA seumur hidup. Maklumlah siapa nak belajar sejarah lagi selepas sekolah. Mungkin penulis matapelajaran sejarah ketika itu tidak mendapat sebarang halatuju untuk bawa anak-anak ke mana. Tangkap muat dari buku-buku British dan terus terjemah tanpa berfikir lanjut.
Sebenarnya penulis matapelajaran sejarah ketika saya bersekolah adalah juga BUTA sebab tidak menyangka bahawa Matapelajaran Sejarah membentuk dan mencanai fikiran anak-anak orang Islam dan Bukan Islam terhadap sesuatu di masadepan. Ia membentuk cara melihat, menilai, bertindak dan melaksana sesuatu seumur hidup. Ia membentuk 2 jenis esteem di dalam anak-anak, iaitu HIGH ESTEEM terhadap apajua Umat Eropah dan LOW ESTEEM terhadap apajua Islam.
Tidak pula dikatakan di dalam matapelajaran sejarah bahawa Perancis, British, Belanda, German, Belgium, Sepanyol, Russia dan Portugis bukan hanya penjajah tetapi juga kaum yang amat zalim yang memecahbelah, menyeksa dan membunuh ratusan juta manusia di serata dunia selama 500 tahun. Tidak pula dikisar lebih lanjut apa itu Opium War dan bagaimana British menjahanamkan Kaum China dengan dadah Opium serta bagaimana tanah-tanah di India dirampas dari petani miskin untuk penanaman Pokok Candu oleh British India Company.
Kaum Eropah masih dijulang sehingga hari ini WALAUPUN TERBUKTI kezaliman mereka dan ia masih TERUS BERLAKU sehingga ke hari ini. Kita bukan ingin menanam benci. Anak-anak sepatutnya diberi fakta yang secukupnya dan tidak bias.
Saranan Saya
Matapelajaran Sejarah seharusnya disemak semula dan dirombak. SEPATUTNYA SUBJEK SEJARAH memberi MOTIVASI yang menaikkan semangat dan esteem ke arah budaya KEJAYAAN dan KEMAJUAN untuk anak-anak. Sejarah sepatutnya menjadi kanta dan kacamata masadepan yang lebih baik.
Oleh itu, matapelajaran Sejarah untuk sekolah rendah ke sekolah menengah sepatutnya dipelopori oleh penulis dari pihak Universiti Malaya yang mempunyai sejumlah pakar Pedagogi dan pakar Sejarah. Halatuju sepatutnya diformulasi dengan baik berdasarkan wawasan negara.
Mann Trex
—————————————–
Cuba : Iklan Cara Inovatif
