Categories

Musim Apa Lepas Haji?

Salam alaik,

Musim apa lepas musim Haji? Kini telah tiba MUSIM CERITA HAJI…. Maklumlah, lama berada di tanah asing. Bercampur dengan segala manusia dari segenap mukabumi. Pasti ada macam-macam pengalaman dan cerita. Yang gembira, yang sayu, yang manis, yang pahit, yang suka, yang duka, yang biasa dan yang pelik.

Ada yang bercerita sehingga menjadi motivasi kepada bakal haji. Pendengar yang belum ada niat nak tunai hajipun, terus berhasrat untuk daftar dengan Tabung Haji. Yang ini baguslah dan sangat terpuji.

Tapi ada juga pembawa cerita pelik yang menyebabkan pendengar naik seram bulu roma sehingga membatalkan hasrat ke Tanah Suci. Ada cerita sehingga jadi macam legenda cerita ngeri pulak. Pembawa cerita pelik ni telah melakukan perbuatan keji dengan sedar atau tidak sedar. Kalau saya nak kutuk orang macam ni, ada segantang menanti tapi saya sabar ajelah.

Atas rahmat dari Allah, saya juga telah ke Makkah dan Madinah beberapa kali.

Adakalanya saya mengajak rakan-rakan yang berkemampuan tapi segelintir daripada mereka menjawab seperti sekian:
1. Aku banyak dosa ( malu dan takut orang alim nampak dosa )
2. Aku masih nak enjoy ( takut terima balasan sertamerta lantas jadi cacat )
3. Ada perkara fardhu yang aku suka tinggalkan ( takut dapat balasan segera )
4. Belum sampai seru ( alasan lemah walaupun selalu bercuti ke Eropah )
5. dan lain lain

Memang sah ! Mereka ni telah terpengaruh dan takut dengan cerita-cerita yang pelik daripada para mangkuk hayun yang suka berdongeng rakyat. Walaupun ia ada nilai pengajaran, namun ia menakutkan segelintir manusia sehinggakan mereka terlepas peluang untuk bertaubat di Makkah dan menziarahi Madinah.

Ada juga kenalan yang agak nakal yang setelah lama dipujuk lalu bersetuju ke Makkah. NAKAL = segala jenis dosa ( u name it ). Mereka dapat lihat Kaabah dan dapat berdoa bagi nak rak lamanya kat depan Kaabah ( tersedu-sedu .. beb. ). Takde pulak orang alim kat sana halau mereka sebab NAMPAK dosa-dosa kering bergunung. Takde yang sakit menderita kat sana. Batuk dan selesema biasalah. Tambahan pula mereka enjoy shopping, exercise ( saie ) dan makan. Sekembalinya ke Malaysia, mereka jadi jauh lebih baik luar jangkaan.

Orang dok kata supaya jaga hati sebab macam-macam boleh berlaku. Bukannya senang nak elakkan hati daripada berkata-kata. Tak salah jadi manusia kat Makkah sebab adakalanya penyedia pakej mungkir janji. Cuma kita patut lebih awas ( aware ) semasa di sana. Caranya ialah dengan selalu memperbetulkan niat dan mengingatkan diri tentang niat baik kita ke sana.

Di sini, saya ada sikit nasihat seperti yang saya nasihatkan pada rakan-rakan yang telah ikut saya. Dua jenis orang yang seharusnya banyak mengawasi dirinya sendiri dan kurangkan bercakap kat Makkah:
1. Orang yang tabiatnya suka mencarut ( dan memaki )
2. Orang yang tabiatnya suka takabbur ( cakap besar ).

Dua jenis orang ni selalunya dapat balasan segera kat situ. Allah tak suka, Malaikat rahmat tak suka, Jin Islam tak suka, Manusiapun tak suka. Saya dah lihat macamana mereka jatuh sakit serta-merta, sesat jalan, kena hina dengan orang tak dikenali, orang benci, kena pukul, terkencing tempat tidur dan macam-macam lagi.

So, yang paling elok sekiranya dapat jaga mulut dan jaga tabiat kat situ, jaga solat, banyakkan bersalawat, bersyukur, bertasbih dan bertahmid. Amalan seperti ini melembutkan hati, meningkatkan iman dan menjuruskan kita ke arah taqwa kepada Allah.

Lagipun kita dah berpuluh ribu hari bercakap di Malaysia. Apa salahnya jika kurang bercakap kat Makkah dan Madinah. Dah berkoyan-koyan orang dok sabar dengan tabiat kita kat Malaysia, apa salahnya jika kawal diri sikit kat sana. Kan untuk diri kita sendiri.

Semoga nasihat saya serba-sedikit ini dapat memberi manfaat. Semoga bakal Haji dan Umrah berjaya untuk merapatkan diri kepada Allah dengan kurang bercakap dan menjaga tabiat.

Mann Trex
—————————————–
Cuba : Iklan Cara Inovatif

1 comment to Musim Apa Lepas Haji?

  • zuraili

    Salam alaik… Bang Man,

    Interesting artikel. Nak mintak kebenaran letak kat blog saya dan forward dlm e-mail… boleh?
    by the way, 2 hari lepas saya dpat berbual panjang dgn Hj Ahmad Kamel (batch 77) dan Tn Hj Hidayat (batch 79).

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>