Salam alaik,
Perhhhh…. Tajuk sensitif tu… Boleh kena blacklist sebagai orang anti-kerajaan …. Macam nak ikut jejak Raja Petra jadi pelarian je ? …
Sebenarnya tajuk itu salahsatu komplen yang kita dok dengar setiap hari. Ada berlambak lagi yang boleh kita line-up kat sini. Kita boleh dengar segala jenis komplen kat gerai, restoran Melayu, kedai Mamak, kopitiam, food court dan dari syarahan drebar teksi Melayu.
Saya boleh terjemah semua komplen kepada satu ayat => Orang Melayu Kuat Komplen.
Masuk duit komplen, keluar duit komplen, tak dapat duit komplen, habis duit komplen, cukup duit masih nak komplen, tak cukup duit komplen, duit selambak pun komplen sebab nak banyak lagi, orang lain dapat duit pun dia nak komplen. Yang pelik tu orang lain tak dapat duit pun dia komplen. Komplen .. komplen .. komplen.
Secara peribadi, kita semua ada masalah tersendiri di tahap mana jua kita berada. Segala masalah datang dari segenap ceruk – samada dijemput sendiri atau dihantar oleh orang lain.
Saya rasa, lebih banyak masalah dijemput sendiri. Lepas tu, salahkan sana dan salahkan sini. Komplen sana komplen sini. Allahpun dah sebut, segala masalah adalah berpunca dari tangan sendiri TERMASUKLAH MASALAH DITINDAS.
Untuk orang yang cuba bertaqwa pada Allah, setiap masalah yang datang adalah cubaan yang diterima dengan segala redha -samada dijemput atau datang sendiri. Tidak salahkan sana dan tidak pula salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri. Barulah senang urus masalah.
Sesiapa yang salahkan diri sendiri, BARULAH DATANG KETENANGAN UNTUK MENGGUNAKAN AKAL supaya mudah untuk keluar dari masalah. AKAL yang tidak tenang susah untuk berfikir dengan lebih tajam. Masalah susah selesai.
Apabila kita tahu bahawa kita perlu AKAL untuk keluar dari masalah, maka menuntut ilmu itu penting. Jika dulu kita tidak berpeluang atau malas menuntut ILMU, sekurang-kurangnya AMBIL TAHU MENGENAI ANAK-ANAK KITA SUPAYA MEREKA TIDAK DITINDAS PADA MASA AKAN DATANG. Apa kisah mereka di sekolah? Nakal ke? Ponteng ke? Baik ke? Rajin ke?
Yang pasti, jika anak-anak remaja berada di rumah antara pukul 9 malam sehingga waktu subuh, MEREKA INI BERPELUANG UNTUK JADI ORANG YANG MULIA, BAIK, BERGUNA dan TIDAK DITINDAS di masa depan. Dan pasti juga, jika anak-anak remaja TIDAK BERADA di rumah bermula malam sehingga hampir subuh, nescaya mereka ini amat berisiko untuk jadi orang yang akan menindas orang lain atau ditindas. Biasanya pelajaran mereka di sekolah sangat lemah dan peluang pekerjaan terbuka dalam tahap bergaji murah. Melainkan terdidik dengan ilmu & kemahiran perniagaan yang halal.
Apabila perbuatan berdosa lebih banyak dari perbuatan baik di dalam sesuatu masyarakat, nescaya PENINDASAN akan meningkat setiap hari. Maklumlah mereka ini tidak takut pada Tuhan dan tidak peduli Hari Pembalasan. Mereka ini tidak ingat pada kubur, maka sudah pasti tidak akan peduli hak orang lain.
Apabila kita tidak peduli pada DOSA-DOSA yang sering dilakukan di sekeliling kita dan oleh diri kita sendiri, PENINDASAN dan MASALAH kita juga akan berterusan.
Jadinya, PENINDASAN dan MASALAH adalah hanya petanda ( symptom ) penyakit lebih besar. Penyakit tersebut ialah FASIK, iaitu degil dan tidak takut pada ALLAH. Untuk masyarakat yang jahat, Tuhan sediakan orang yang jahat sebagai ketua yang berkuasa. Ketua lanun untuk para lanun. Yang bukan lanun jadi mangsa.
Maka, ubat segala penyakit dalam masyarakat TERMASUKLAH nak hindarkan penindasan hanya ada satu saja. Iaitu BERTAQWA PADA ALLAH.
Taqwa pada Allah semua orang dah tahu bagaimana dan apa dia. Jadinya kita bentangkan sikap orang FASIK:
1. Bila bercakap, dia suka bohong
2. Bila berjanji, dia suka mungkir
3. Bila diberi amanah, dia suka khianat
4. Dia suka bertakabbur
5. Suka memfitnah & mengumpat
6. Suka mengeji dan memperlekeh
7. Dia rasa dirinya lebih baik dari orang lain
8. Dia rasa dirinya lebih pandai dari orang lain
9. Dia dengki dan hasad pada orang lain yang ada kelebihan
10. Dia lebih utamakan rakan dari keluarga dan ibubapa
11. Dia lokek berbelanja untuk kebaikan dan murah hati berbelanja untuk yang sia-sia
12. Sibuk dengan dunia sehingga lalaikan yang fardhu.
Jika majoriti masyarakat Melayu bebas dari sifat di atas, Insya Allah, sukar berlaku penindasan.
Oleh itu, baik kita semua belajar dan usaha untuk bebaskan diri dari setiap sifat FASIK tersebut. Insya Allah, akan berkurangan penindasan dan mudah dibawa ke pengadilan jika ada berlaku sekalipun.

majoriti…fasik.minoriti…baik.itulah realitinya.