Recent Posts

  • Tapak Niaga Juadah Ramadan 2011
  • 10 Kunci Rezeki Orang Mukmin
  • Lagu Minah Tudung.
  • Kecintaan Queen Victoria terhadap Abdul Karim
  • Bahasa Arab Bahasa Dunia

Categories

Minyak Zaitun Yang Barakah

Salam alaik,

Pasti ada di kalangan pembaca adalah Food Technologist, Nutritionist, Herbalist, Chef dan Dietician. Semoga mereka dapat beri pandangan yang lebih professional selepas ini.

Pohon Zaitun terkenal sebagai pokok yang panjang umur dan sangat tahan terhadap banjir, kemarau dan kebakaran. Jika pohon ini dimusnahkan, akar yang masih ada akan menumbuhkan pohon yang baru.

Pohon Zaitun terkenal sebagai pokok yang panjang umur dan sangat tahan terhadap banjir, kemarau dan kebakaran. Jika pohon ini dimusnahkan, akar yang masih ada akan menumbuhkan pohon yang baru.

Sedikit Sejarah Mengenai Pohon Zaitun
Minyak Zaitun, telah digunakan kaum Arab dan kaum Mediteranean dari zaman dulu lagi. Mereka gunakan untuk perubatan, kosmetik, kesihatan, pemakanan dan upacara keagamaan. Pokok Zaitun liar mula ditanam secara komersil sejak 6,000 tahun oleh kaum Arab Sham ( Syria ). Kemudiannya diperkenalkan oleh pelayar Syria (Arab Phonecian) di Sepanyol, Rom dan Greece persekitaran 3,000 tahun dulu.

Terma bahasa Sepanyol untuk minyak ialah “Aceite” yang dipinjam dari bahasa Arab “Az-Zeit”. Pokok Zaitun mereka namakan “Aceituna” dan minyak Zaitun sebagai “Aceite de Oliva”. Semua kitab, iaitu Torat, Zabur, Injil dan Al-Qoran ada menyebut mengenai Pohon Zaitun.

Tanaman Zaitun
Pohon Zaitun boleh hidup zaman-berzaman sehingga 1,500 tahun atau lebih. Penanaman zaitun terbesar di dunia kini adalah Sepanyol, iaitu 300juta pohon. Daerah tanaman Zaitun terbesar adalah di Andalucia yang dimulakan oleh kaum Arab di zaman Sahabat Rasulullah dan Tabiin. Namun begitu, antara minyak Zaitun yang terbaik mutunya datang dari Syria dan Turki dan di export semula oleh Italy dan Greece dengan brand mereka sendiri.

Proses Mendapatkan Minyak Zaitun
Ia adalah minyak cold-press, iaitu tidak menggunakan haba untuk mendapatkan minyaknya dari buah. Ini bermakna, minyak ini amat sihat digunakan dalam penyediaan makanan. Buah zaitun dikutip dengan tangan dan kemudiannya dicincang halus dan ditekan oleh mesin.

Kemudian untuk mengeluarkan minyak zaitun dari bahan tercincang ini, mereka akan masukkan dalam mesin yang berpusing laju ( CENTRIFUGAL FORCE ). Gred Minyak Zaitun biasanya ada 3. Extra Virgin, Refined ( mixed extra + refined ) dan Regular/Pure.

LINK KE ALIRAN PROSES MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN.

Buah Zaitun yang belum dipetik

Buah Zaitun yang belum dipetik

Minyak Zaitun Extra Virgin

Minyak Zaitun Extra Virgin Brand COLAVITA - didapati di Jusco. Ini favorite saya.

Mengapa Minyak Zaitun Sihat
Setiap 8 hingga 10 kilo buah Zaitun, akan mengeluarkan 1 kg minyak zaitun. Inilah dinamakan Minyak Zaitun Extra Virgin dengan segala vitamin masih terdapat di dalamnya dengan aciditynya hanya 1% sahaja. Ia sangat sihat digunakan. Satu lagi gred baik untuk masakan adalah Refined.

Antara manfaat semulajadi Minyak Zaitun adalah:
1. Mempunyai tahap monounsaturated fat yang tinggi, maka mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar.
2. Meningkatkan tahap anti-oxidant ( compound DHPEA-DPA ) yang memberi perlindungan yang kuat kepada cell darah merah dari kerosakan. ( awet muda, kuatkan jantung ).
3. Mempunyai tahap phytochemical yang tinggi yang akan membunuh cell cancer. Sebab itu jumlah wanita yang kena Barah Buah Dada sangat kurang di kalangan penduduk Mediteranean.
4. Polyphenolnya yang banyak dapat melindungi dan mengubat penyakit perut seperti gastrik dan peptic ulcer.
5. Polyphenolnya yang banyak akan mengurangkan risiko Darah Tinggi.
6. Mengurangkan kolesterol yang tinggi untuk orang-orang yang debab dan tidak debab.
7. Menyeimbangkan pengeluaran hormon adinopection, supaya memproses gula badan dengan baik dan memperbaiki tahap insulin, lantas mengurangkan risiko Diabetes Type 2.
8. Melindungi orang dewasa dari Osteoporosis, iaitu kehilangan bahan tulang.
9. Mengurangkan sakit-sakit sendi dan radang, terutama sekali pada wanita menopause.
10. Ada banyak lagi kelebihan yang telah terbukti dari kajian sains.

Petua : Ia menjaga kecantikan rambut dan kulit seluruh badan. Melebatkan rambut. Baik untuk urut badan sengal-sengal. Kalau sembelit makan sesudu besar. Ubat melecet yang mujarab di kawasan manapun. Yang pergi Umrah ( debab-debab sikit ), biasanya melecet antara celah kelengkang setelah sa’i. Sapukan minyak ni. Sekejapan baik. Yang tinggal di negara sejuk atau panas, sebelum keluar rumah, sapu sikit aje minyak kat muka dan tangan. Yang kena bawasir atau bengkak kat situ akibat ceret beret, sapu lah Minyak Zaitun Extra Virgin.

Penyediaan makanan
1. Tumis atau goreng
- Nota 1 : Di rumah, kami hanya mengunakan Minyak Zaitun Extra Virgin untuk menggoreng pasta atau mee. Sedap betul.
- Nota 2 : Kalau tumis bawang dan sebagainya untuk dish sayur, sambal tumis, sop, kuah kari dan sebagainya, kami guna Regular/Pure Olive Oil.
- Nota 3 : Goreng ikan dan sebagainya, barulah kami pakai Minyak Sawit yang mempunyai campuran Minyak Bijan dan kami campurkan pula dengan Virgin Olive Oil.
2. Kalau nak sediakan salad atau sayur, percikkan Extra Virgin Olive Oil + Vinegar + sebagainya.
3. Sebagai pengganti kepada Margerine jika suka makan roti.

Sedikit recipe masakan yang menggunakan Minyak Zaitun:
1. Olive Oil Source
2. Recipe For Us
3. Whats Cooking America

Akhirkata
Jangan mempercayai pembohongan oleh IKLAN-IKLAN di Pasaraya, TV dan Majalah mengenai kelebihan Soya Oil, Canola Seed dan Sunflower Seed Oil. Ia membahayakan kesihatan. Satu Eropah dah tau tapi kita masih tertipu.

Lebih baik pakai Minyak Kelapa, Minyak Kelapa Dara, Minyak Sawit, Minyak Kacang dan terbaik sekali Minyak Zaitun.

Semoga sihat wal afiat dan panjang umur para pembaca artikel ini.

Learn Arabic - Belajar Bahasa Arab Pelajari Bahasa Arab untuk Umrah, Haji, Pengajian, Hobi, Kerja & Niaga.

Transparent Arabic Premium Edition

  • Software Interaktif untuk PC
  • Fail MP3 -> H/P, iPOD & CD player
  • Video topik-topik perbualan harian
  • Mudah & terbukti berkesan

Cubalah sekarang!


Unique visitors to post: 629

5 comments to Minyak Zaitun Yang Barakah

  • Shaiful Alam Ahmad

    Saya bertanya dr,….beliau tidak galakan makan secara terus minyak zaitun….tp amat baik dicampor dlm masakan….ape komen anda

  • saidris

    Bukan semua doktor pandai. Jadi dia pun bukan tahu semua.
    Minyak Organic Extra Virgin Olive Oil sangat sesuai diminum terus. Sangat baik untuk jantung.
    Extra Virgin Coconut Oil sangat sesuai untuk Liver (hati).

    Minumlah kedua-dua ni setiap hari 1 sudu teh 2 x sehari.

    TQ

    DRs Saidris
    Igono University

  • luihmyd

    salam .. mana saya boleh dapatkan minyak zaitun ini ?

  • Salam Puan Luihmyd,

    Minyak Zaitun Extra Virgin Colavita boleh didapati di Jusco. Rasanya sedap berbanding yang lain.

    Tempat lain mungkin ada jual juga tapi jenama lain seperti Borges, Bertolli.

    Yang penting sekali ialah ia mesti EXTRA VIRGIN. Check pada label untuk kepastian.

  • matrockk

    ala..minyak zaitun mn2 leh dpt kt kdai..byk jenama..HPA pun ader..sy lbh suker beli arab nyer…mn2 sm jer…

Leave a Reply

  

  

  

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Try Rocket Arabic For Free !

Sign-up for your free, no-obligation 6 Day Trial and see how well Rocket Arabic works for you!

Your free trial gives you online access to a selection of Rocket Arabic Premium interactive audio lessons and Arabic language and culture lessons.

You'll be amazed at how much Arabic you know after just a few days! 20,000 users have already benefited.

Learn Arabic now !

<< Creator of Rocket Arabic: Amira Zaki